HomeUtamaBekalan elektrik di Pantai Timur Sabah pulih sepenuhnya

Bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah pulih sepenuhnya

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu: Gangguan bekalan elektrik hampir lebih lima jam di beberapa daerah di Pantai Timur Sabah telah berjaya dipulihkan sepenuhnya kira-kira jam 5.24 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, gangguan bekalan bermula jam 12.14 tengah hari itu telah dipulihkan secara berperingkat bermula jam 2.03 petang.

Katanya, antara daerah terlibat Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Gangguan bekalan tersebut berlaku pada Talian No.1 sambungtara 275kV Kolopis – Segaliud ketika Sabah Electricity sedang melaksanakan kerja-kerja pemulihan fasa akhir pemindahan pengalir daripada menara sementara Emergency Restoration System (ERS) ke menara kekal yang baharu disiapkan bagi talian No.2.

“Ketika kejadian, hanya talian No.1 sambungtara tersebut sahaja yang membekalkan 138MW tenaga elektrik ke Pantai Timur Sabah.

“Kerja-kerja siasatan untuk mengenalpasti punca talian sambungtara Kolopis- Segaliud tersebut terpelantik akibat ‘Transient Fault’ sedang giat dilakukan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity dan pemeriksaan di tapak akan disambung pada hari esok (Ahad) berikutan cuaca buruk dan hujan lebat yang menghalang laluan akses masuk di sepanjang talian tersebut di Ranau,” katanya.

Mohd Yaakob berkata, dengan bantuan pantas daripada Kerajaan Negeri Sabah bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak Mac lalu telah dapat mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja penggantian dua menara 275kV pada talian sambungtara Kolopis-Segaliud di daerah Ranau yang telah rosak akibat pergerakan tanah mendap.

Katanya, ini adalah bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah tidak terjejas.

Dalam pada itu, Sabah Electricty menghargai kesabaran dan keprihatinan semua pengguna di daerah Pantai Timur Sabah yang terjejas dan memohon maaf di atas gangguan bekalan yang berlaku. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH ELECTRICITY

RELATED ARTICLES
Utama

IKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular