HomeIsu tempatanKursus Bahasa Mandarin penting bagi mudahkan komunikasi

Kursus Bahasa Mandarin penting bagi mudahkan komunikasi

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu: Penguasaan bahasa asing khususnya bahasa Mandarin penting bagi memudahkan urusan profesional mahupun komunikasi seharian.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Shahril Yusof berkata, program sedemikian yang pada masa ini dijalankan oleh Institut Confucius UMS (CI UMS) merupakan satu strategi bagi melatih para peserta kursus untuk menguasai bahasa tersebut dengan baik.

“Kursus yang dibuka kepada pelajar dan orang luar ini tidak hanya mempelajari aspek bahasa tetapi turut meliputi aspek seperti pengenalan kepada budaya masyarakat Cina dengan tempoh kursus selama 12 minggu.

“Kursus ini sebelum ini turut melibatkan penyertaan kakitangan dari agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen yang mengawal pintu masuk negeri Sabah.

“Justeru, saya percaya ini mampu memberi satu kelebihan kepada petugas barisan hadapan seperti pegawai imigresen dan kastam untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan khususnya dengan pelancong asing dari China,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan penyampaian Sijil Tamat Kursus Bahasa Mandarin 2024 di Galeri Majlis UMS.

Pada majlis tersebut, seramai 53 orang peserta berjaya menamatkan kursus, yang terdiri daripada kakitangan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), Syarikat SBH Kibing Solar, pelajar dan pensyarah UMS.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah CI, UMS, Dr. Chiew Tung Moi (Malaysia) dan Profesor Madya Dr. Huang Yuehua (China).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pengurusan bencana gempa bumi di Sabah terus diperkukuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular