HomeUtamaKM minta tindakan profesional tangani isu di Sabah

KM minta tindakan profesional tangani isu di Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta agar pihak media dan masyarakat memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pada ketika ini sudah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah rakaman video mereka didedahkan dan tular di media sosial yang didakwa terlibat dengan skandal rasuah lesen projek.

“Biar jabatan yang berwajib ambil tindakan dan menjalankan siasatan. Kita tunggu hasil siasatan. Setiap hari ditanya, biarlah proses siasatan pihak berkuasa berjalan,” tegasnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri dan Perasmian Penutupan Pertandingan WorldSkills Malaysia Sabah 2024 di Dewan Seri Kinabalu, Institut Kemahiran Mara (IKM) pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengulas isu sempadan maritim antara Filipina dan Malaysia yang telah menimbulkan kebimbangan rakyat.

“Kita sudah maklumkan dan pihak Kerajaan Persekutuan sudah menghantar nota bantahan kepada Bangsa-Bangsa Bersatu. Sempadan maritim yang diumumkan oleh Filipina itu telah menceroboh ke dalam sempadan negara kita. Isu ini telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikannya secara keluarga ASEAN,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri Sabah berpendirian tegas terhadap kedaulatan sempadan maritim dan memberi kepercayaan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan isu ini ditangani secara diplomatik dan profesional.

RELATED ARTICLES
Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah
Utama

Belanjawan Sabah 2025 pacu pertumbuhan ekonomi melalui sektor utama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular