KOTA KINABALU — Seorang pelajar dari Kolej Vokasional (KV) Keningau Laetitia Anwen Ng, 20, terpilih mewakili Malaysia ke APEC Forum on Women and Youth Empowerment di Taipei, Taiwan, dari 13 hingga 15 November 2024.
Bersama pensyarahnya, Sydney Engelbert, kedua-duanya dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghadiri konvensyen global bertaraf antarabangsa ini yang ditaja sepenuhnya.
Forum ini bertujuan memperkasakan wanita dan belia dalam keusahawanan, pendidikan, serta pembangunan kemahiran melalui teknologi dan kelestarian.
Selain dialog dan pembentangan, peserta turut menyertai lawatan ke organisasi yang mempraktikkan keusahawanan sosial.
Laetitia dipilih atas sumbangannya dalam kesukarelawanan, termasuk membantu pesakit kanser, keluarga berpendapatan rendah, dan menganjurkan kem kepimpinan serta pengumpulan dana. Dia juga aktif dalam program pengantarabangsaan.
Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, memuji Laetitia dan Sydney atas usaha mereka yang membanggakan.
Laetitia menyatakan penglibatan dalam forum ini memberi inspirasi untuk terus berkhidmat kepada komuniti dan merancang melancarkan perusahaan sosial berasaskan kemahirannya dalam bidang kecantikan.
ini telah memperkayakan lagi kemahiran mereka dalam menggabungkan elemen keusahawanan dan pembangunan lestari ke dalam inisiatif mereka.