HomeUtamaBengkel Pembuatan Linangkit, Pakaian Tradisi & Aksesori di Keningau Perkasa Komuniti Tempatan...

Bengkel Pembuatan Linangkit, Pakaian Tradisi & Aksesori di Keningau Perkasa Komuniti Tempatan   

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Bengkel Pembuatan Linangkit, Pakaian Tradisi & Aksesori di Kolej Geomatika, Keningau, baru-baru ini.

Penganjuran bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Pendayaan Komuniti@UniMadani Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM) UMS.

Ia bertujuan memperkasa komuniti tempatan melalui pemeliharaan dan pengembangan seni tradisional linangkit, pakaian tradisi dan aksesori etnik Murut, selain meningkatkan kebolehupayaan ekonomi komuniti melalui aktiviti ekonomi kreatif. 
 
Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Aini Janteng dari FSSA, UMS berkata, program itu juga antara lain bertujuan mendayaupayakan komuniti tempatan melalui pemindahan kemahiran seni kraf tangan yang bernilai tinggi serta mengekalkan warisan kebudayaan masyarakat etnik Murut. 
 
“Selain itu, bengkel ini memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik pembuatan linangkit dan aksesori tradisional yang berpotensi menjana pendapatan tambahan.

“Di samping itu, program ini turut mendukung usaha kerajaan dalam memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti melalui pembangunan sosial dan ekonomi seiring dengan falsafah pembangunan Madani,” tambahnya.

Dalam pada itu, Aini berharap bengkel seumpama itu akan berterusan di masa akan datang agar dapat memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat.

“Kami berterima kasih atas kerjasama dan sokongan daripada Presiden Pertubuhan Etnik Murut Nabai Sabah, Egbert Manjin, serta Pengerusi Persatuan Kebudayaan Murut Nabai Kg. Patikang Laut, Keningau, Nuar Jaimi dalam menjayakan penganjuran bengkel ini.

“Harapan kami agar bengkel sebegini dapat berterusan demi memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat,” jelas Aini.

Bengkel ini turut mendapat sokongan ahli projek bersama Dr. Jaludin Janteng (Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan), Dr. Sarimah Surianshah (FSSA), Dr. Siti Rahayu Mohd Hashim (FSSA), dan Janvin Janteng (Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Sabah).
  
Seramai 30 peserta telah menghadiri bengkel sehari tersebut yang turut mendapat ilmu daripada pemilik Elisa Collection – Tailor Handcraft, Elisa Nuar.

Projek tersebut juga turut menerima lawatan pemantauan daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan UMS di Queen Hotel, Keningau.

Lawatan tersebut telah disertai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun Kementerian Kewangan Malaysia, Datin Rosni Yussof; Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Komuniti), UMS, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut@Mohd Nasri; Pengarah Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM) UMS, Ts. Dr. Ag. Sufiyan Abd Hamid dan Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Kota Kinabalu, Sarah Said.
 

RELATED ARTICLES
Utama

Kemalangan maut: Jabatan Keretapi Sabah lancar siasatan dalaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular