HomeIsu tempatanUMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan berjumlah RM 200,000 bagi pelaksanaan projek kajian dan pembudayaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) oleh universiti.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Synerlitz, Tan Sri Setia Mohd Anwar kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly yang mewakili UMS dalam satu acara bersempena dengan Pertandingan Golf Amal Sempena Projek Loji Tenaga 100MW di Kimanis anjuran Synerlitz (M) Sdn Bhd.

Turut menyaksikan simbolik penyerahan Mock Cheque tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ketua Pegawai Eksekutif Synerlitz, Datuk Michael Lee.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, dana tersebut akan dimanfaatkan oleh Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS, di bawah pimpinan Pengarah PPST, ChM. Dr. Newati Wid, untuk melaksanakan projek kajian STEM dan inisiatif membudayakan STEM dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“UMS merakamkan penghargaan atas sumbangan ini, yang dijangka memberi impak besar kepada pendidikan sains dan teknologi serta menyumbang kepada pembinaan generasi masa depan yang lebih berdaya saing,” menurut kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS raih penganugerahan sijil pematuhan SAGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular