HomeUtamaHubungan kerjasama, perpaduan PH, GRS akan terus dimantapkan - Hajiji

Hubungan kerjasama, perpaduan PH, GRS akan terus dimantapkan – Hajiji

Read Time:55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap hubungan kerjasama dan perpaduan di antara parti-parti di Sabah ini terutama dalam Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus mantap.

Terdahulu, Hajiji mengucapkan tahniah kepada Datuk Ewon Benedick yang telah dipilih sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu menggantikan Datuk Seri Christina Liew.

“Tahniah kepada Ewon sudah jadi pengerusi dan kita harap hubungan kerjasama dan perpaduan di antara parti-parti di Sabah ini terutama PH dan GRS akan terus mantap.

“Kawan dalam PH pemimpin yang kita kerjasama sebelum ini, jadi kita teruskan usaha ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035, Rangka Tindakan Transformasi Sulaman, Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan, & Pelancaran Aplikasi & Buku Retrack di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Hajiji juga berharap parti-parti komponen dalam PH akan merapatkan kerjasama bersama GRS untuk kebaikan negeri Sabah.

“Dalam PH itu ada DAP, PKR, UPKO dan Amanah, jadi campur dengan GRS kita pun ada banyak parti, kita rapatkan kerjasama ini untuk kebaikan negeri Sabah,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular