Labuan : Sebanyak 13 jenis barangan diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Krismas di Labuan pada tahun ini.
Ketua Pegawai Penguatkusa Negeri Kementerian Perdagangan DalamNegeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan Amiluddin Malang berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini.
Barang-barang tersebut ialah Kepak Ayam ; Daging Kambing Biri-Biri Bertulang Import; Kubis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) ; Ubi Kentang Import (China); Lobak Merah ; Tomato ; Lada Benggala Hijau ; Cili Merah ; Bawang Merah Besar Import dan Bawang Kuning Besar.
Selain itum barangg lain yang turut dikawal adalah Babi Hidup (dikawal peringkat ladang); Daging Babi (perut) dan Daging Babi (daging dan lemak).
“SHMMP Krismas 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
“Harga maksimum yang telah diwartakan bagi SHMMP Krismas 2024 di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit boleh disemak melalui portal rasmi KPDN di https://www.kpdn.gov.my.,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama sepasukan penguat kuasa KPDN Labuan turut mengadakan pemeriksaan bersama Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.
Amiluddin berkata, Bahagian Penguat Kuasa KPDN Labuan akan sentiasa membuat pemantauan yang berterusan di seluruh pasar awam dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan di sekitar Labuan.
Katanya, langkah itu adalah bagi memastikan pematuhan di peringkat peniaga dan membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil segera jika terdapat aduan daripada pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dan boleh dikenakan penalti.
“Sekiranya terdapat sebarang aduan berkait salah laku oleh mana-mana pihak berhubung ketidakpatuhan ke atas skim ini, orang ramai boleh bekerjasama menyalurkan aduan yang lengkap melalui saluran yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN LABUAN