HomeIsu tempatanUMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

Read Time:2 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) telah mengadakan Karnival Usahawan Mahasiswa UMS sempena Hari Kanak-kanak Borneo 2024 di FPPS, UMS baru-baru ini.

Pengarah program tersebut, Saturia Amiruddin, penganjuran program tersebut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan (MIDE) Sabah dan turut berkolaborasi dengan Pusat Pendidikan Fleksibel UMS (UMSFLEC), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), dan Pusat Minda Lestari (PML).

“Program ini antara lain adalah untuk menyediakan platform kepada siswa-siswi untuk mengembangkan kemahiran keusahawanan, mempamerkan produk dan idea perniagaan, serta berinteraksi dengan usahawan-usahawan yang berjaya dalam industri.

“Program ini bukan sahaja dapat memberi keseronokan dan meraikan kanak-kanak, tetapi dapat memberi pendedahan dan pengalaman baharu berkaitan keusahawanan kepada kanak-kanak.

“Pendedahan seawal usia kanak-kanak ini akan memberikan faedah kepada mereka terutamanya apabila mereka telah meningkat dewasa, selain memberi kesedaran mengenai kepentingan keusahawanan dan amalan terbaik dalam PAKK yang perlu dipupuk dan disebar luaskan kepada siswa-siswi, ibu bapa, guru-guru dan kanak-kanak,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Tetap II (Pentadbiran dan Keusahawanan) MIDE, Moira David yang mewakili Menteri MIDE, Datuk Phoong Jin Zhe menyempurnakan penutupan program tersebut berkata, penganjuran program tersebut adalah sangat bertepatan dengan keperluan pada masa kini yang menunjukkan trend peluang pekerjaan yang semakin mencabar.

“Siswa-siswi tidak seharusnya mengharap peluang pekerjaan itu datang sepenuhnya daripada agensi kerajaan, tetapi perlu lebih berani dan kreatif mencari atau membuka peluang pekerjaan melalui keusahawanan.

“Saya difahamkan program ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dengan lebih mendalam tentang asas pendidikan awal kanak-kanak, cara merancang dan menguruskan aktiviti, serta memupuk minat dalam bidang keusahawanan.

“Ini dapat membantu mereka membina kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang berguna untuk kerjaya mereka kelak,” katanya.

Tambah beliau, pihak MIDE sangat menyokong penganjuran program sedemikian kerana dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar secara praktikal, meluaskan inspirasi kerjaya, meningkatkan pemerkasaan diri dalam aspek pengurusan program, keusahawanan mahupun PAKK.

Terdahulu, Dekan FPPS, Prof. Madya Dr. Soon Singh berkata, program tersebut yang menggabungkan elemen keusahawanan dan kanak-kanak dalam satu program merupakan satu perkara yang baharu dan unik.

“Kejayaan program ini menjadi inspirasi kepada siswa-siswi untuk menganjurkan program yang lebih besar dan lebih bermakna lagi pada masa hadapan.

“Ini sekali gus mengukuhkan peranan UMS sebagai institusi pendidikan bukan sahaja membangunkan potensi akademik dan sahsiah pelajar tetapi juga menyumbang kepada pembangunan komuniti secara menyeluruh.

“Semoga inisiatif seperti ini terus berkembang, dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat demi memartabatkan kualiti PAKK di rantau ini,” ujar beliau.

Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang karnival tersebut berlangsung, antaranya pameran, bengkel dan ceramah berkaitan amalan terbaik dalam PAKK; gerai jualan; aktiviti interaktif bersama kanak-kanak seperti pertunjukan boneka, role play, shadow play, storytelling, mask play, doll play dan read aloud; Sesi Perbincangan Meja Bulat Mahasiswa PAKK Sabah; bengkel kreativiti; pertandingan mewarna; dan persembahan drama dan teater.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 usahawan sertai seminar berkaitan e-invois dalam perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular