HomeUtamaSTB alu-alukan BOHEX promosi Sabah sebagai destinasi mesra Muslim & MICE

STB alu-alukan BOHEX promosi Sabah sebagai destinasi mesra Muslim & MICE

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyambut baik Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BOHEX) sebagai langkah penting untuk mempromosikan Sabah sebagai destinasi MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) serta lokasi mesra Muslim.

Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai berkata, acara seperti ini membantu meningkatkan imej Sabah di peringkat antarabangsa, terutama bagi menarik peserta dan pelancong asing.

“Acara antarabangsa seperti BOHEX sangat bermakna kerana ia bukan sahaja memperkenalkan produk halal tetapi juga keindahan destinasi Sabah kepada pengunjung luar.

“Ia juga selari dengan usaha kerajaan Malaysia menerusi kempen Visit Malaysia 2026,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada penganjur BOHEX pada Khamis.

Pameran itu akan diadakan pada 5 hingga 9 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dengan tema “Embracing Halal World”.

BOHEX dianjurkan oleh Eminent Source Sdn Bhd, dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Joniston, pihak penganjur disarankan untuk bekerjasama dengan Biro Konvensyen Sabah bagi memastikan impak yang lebih besar terhadap acara itu.

Pameran selama lima hari itu mensasarkan 10,000 pengunjung dan melibatkan penyertaan pameran dari Brunei, Korea Selatan, Indonesia, Pakistan dan India.

Selain makanan, BOHEX turut memfokuskan produk halal lain seperti fesyen, perubatan, dan pelancongan.

Pasukan penganjur BOHEX yang hadir dalam sesi pertemuan tersebut terdiri daripada Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Kerajaan, Maiyizat-ul-Najwa Ab. Mutalib; Pengarah Komunikasi Korporat, Nurul Hidayah Umol; dan Pengurus Projek, Safia Amira Mohd Jamil.

RELATED ARTICLES
Utama

NOS, BGESB jalin kerjasama strategik, perkasa industri minyak & gas di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular