HomeUtamaHampir keseluruhan kawasan di Sabah alami ribut petir, hujan lebat

Hampir keseluruhan kawasan di Sabah alami ribut petir, hujan lebat

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Hampir semua kawasan di Sabah dijangka akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 1 pagi Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Pedalaman; Pantai Barat dan Kudat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Sabah, antaranya di kawasan Pedalaman seperti Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan).

“Selain itu, kawasan Pantai Barat, Sandakan  (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat dijangka akan berlaku cuaca sama sehingga jam  1 pagi pada Isnin,”  menurut kenyataan itu di sini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

 Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bomba bantu pindahkan 58 mangsa terjejas banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular