HomeUtamaDua Pakej Penebatan Banjir Untuk Daerah Penampang Telah Diselesaikan - Hajiji

Dua Pakej Penebatan Banjir Untuk Daerah Penampang Telah Diselesaikan – Hajiji

Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Dua pakej penebatan banjir telah diselesaikan sebagai langkah jangka panjang untuk mengurangkan bencana banjir di daerah Penampang.

“Hanya satu pakej lagi yang belum selesai untuk memastikan Penampang dan kawasan sekitarnya tidak akan terjejas oleh banjir, “kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan selepas lawatannya ke Kampung Sugud di sini.

Hajiji semasa mengunjungi kampung tersebut selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini berkata, Kerajaan Negeri juga akan membantu mangsa banjir dari segi bahan yang diperlukan untuk membaiki rumah mereka.

Katanya, 937 mangsa banjir di daerah Penampang masing-masing akan menerima bantuan wang kecemasan sebanyak RM1,000 dari Kerajaan Negeri.

“Selain itu, 10 rumah yang dihanyutkan semasa banjir baru-baru ini akan dibina semula. Ini adalah bantuan segera kepada penduduk di sini yang merupakan antara yang paling teruk terjejas.

“Kerajaan Negeri akan memastikan mereka akan mendapat bantuan dari kerajaan Negeri dan Persekutuan, “katanya.

Berdasarkan taklimat oleh Pegawai Daerah, Francis Chong, beliau mengatakan bahawa Kampung Sugud adalah kawasan terjejas teruk.

Ketua Menteri juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membersihkan semua tempat aliran air supaya tidak tersumbat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong turut mengiringi Ketua Menteri semasa lawatan itu.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular