HomePolitikPRN Sabah : Kerap turun padang, santuni masyarakat setempat - Isquzawan

PRN Sabah : Kerap turun padang, santuni masyarakat setempat – Isquzawan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Putatan : Seramai 30 orang peserta mewakili ahli wanita dan beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Petagas menyertai Kursus Pemantapan Kerja Lapangan di sini petang tadi.

Kursus sehari yang memfokuskan kepada dua sayap parti itu dirasmikan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit.

Isquzawan dalam ucapannya mahu jentera sayap parti yang menumpukan kepada golongan wanita itu bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau turut meminta agar semua jentera parti turun padang bagi menyantuni masyarakat setempat termasuk ahli-ahli parti.

“Alhamdulillah pada hari ini saya telah menyempurnakan Kursus Pemantapan Kerja Lapangan bagi sayap parti wanita dan beliawanis Gagasan Rakyat yang turut disertai seramai 30 orang peserta.

“Dalam ucapan tadi, saya mahu jentera parti wanita dan beliawanis bersiap sedia menghadapi pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi.

“Selain itu saya juga meminta para ahli khususnya di kawasan Petagas untuk kerap turun padang bagi menyantuni ahli -ahli parti dan masyarakat terutama di kawasan ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar kursis yang diadakan itu akan memberi impak yang baik kepada ahli yang menyertai.

Kursus anjuran Gagasan Rakyat Petagas itu disertai sebanyak enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Petagas.

Antaranya Bandar Baru Putatan; Petagas; Tengah Padang; Tembovo; Papason Dan Ulu Putatan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

UMNO Sabah Bahagian Tuaran Tegas Pertahan Autonomi dalam Penentuan Kerusi Pilihan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular