HomeIsu tempatanUMS tuan rumah MAPUm kali Ke-91

UMS tuan rumah MAPUm kali Ke-91

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia (MAPUM) Kali ke-91 baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut yang dihadiri 25 wakil universiti awam seluruh Malaysia dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor HEP (UiTM), Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi.

Delegasi MAPUM disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin dan Pengarah Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), Stella @ Nurul Martini Gontol di Bangunan Canselori UMS, lokasi berlangsungnya mesyuarat tersebut.

Menurut kenyataan dari PNRF, mesyuarat itu antara lain membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan pelajar, penyelarasan pengurusan perumahan, serta cadangan untuk menambah baik infrastruktur kolej kediaman, di samping memperbaiki pengurusan perumahan dan infrastruktur kolej kediaman di institusi masing-masing.

“Perbincangan turut membuka ruang kepada tambahan idea-idea baharu untuk memastikan kolej kediaman terus menjadi tempat yang selesa dan kondusif bagi para pelajar universiti awam.

“Medium pertemuan ini turut memangkin usaha jalinan hubungan baik yang telah terjalin antara universiti awam untuk terus diperkukuh dan diteruskan pada masa hadapan,” demikian menurut kenyataan daripada PNRF.

Selain menghadiri mesyuarat rasmi, delegasi MAPUM turut dibawa melawat beberapa tempat menarik di sekitar kampus termasuk di Akuarium dan Muzium UMS, Hatceri Ikan, Pantai Kemudi Ilmu UMS, serta dibawa ke Aquafarm Kundasang bagi melihat kaedah penanaman sayur salad secara hidroponik yang diusahakan oleh usahawan tempatan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mangsa kebakaran Kampung Cempaka Likas terima sumbangan air minuman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular