HomeUtamaBekalan gula dan minyak masak stabil di Sandakan menjelang Hari Raya

Bekalan gula dan minyak masak stabil di Sandakan menjelang Hari Raya

Read Time:53 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Bekalan barang keperluan khasnya gula dan minyak masak di daerah ini menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah stabil, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Sandakan Azdy Zukkry John.

Beliau berkata demikian setelah melakukan pemeriksaan di beberapa premis pemborong utama dan pasar raya tumpuan utama pengguna di sini pada Khamis.

Azdy membuat tinjauan bekalan minyak masak di sebuah pasar raya yang menjadi tumpuan pengguna. – Foto ihsan KPDN Sandakan

“Pengguna tidak perlu bimbang tentang kekurangan bekalan utama itu. Hasil pemeriksaan kami mendapati bekalan gula di lima pemborong utama di Sandakan mencatatkan sebanyak 154.848 metrik tan. Selain itu, sebanyak 224 metrik tan lagi bekalan gula dijangka tiba di Sandakan pada 15 Mac ini,” katanya.

Tambahnya lagi, tinjauan di salah sebuah pasar raya tumpuan utama pengguna juga mendapati bahawa bekalan minyak masak yang merupakan barang kawalan juga mudah diperolehi. Tiada sebarang pembelian panik yang dilaporkan.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui e-aduan.kpdn.gov atau di talian 089-668107 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 848 8000 (Aduan Pengguna).

RELATED ARTICLES
Utama

Terlepas tali gantung, pemuda syukur dapat pulang beraya bersama keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular