HomeUtamaPerincian Skim Insurans Berkelompok akan dijelaskan minggu depan - Masidi

Perincian Skim Insurans Berkelompok akan dijelaskan minggu depan – Masidi

Read Time:1 Minute, 9 Second

Ranau : Kerajaan Negeri akan memberi penjelasan dan perincian lanjut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai pelaksanaan Skim Insurans Berkelompok pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah minggu depan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penjelasan itu termasuklah butiran skim berkenaan yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Sabah berusia antara satu bulan hingga 80 tahun.

“Kita akan memberi penjelasan lanjut berhubung skim berkenaan kepada semua ADUN pada persidangan DUN kita akan datang.

“Ini bagi memastikan setiap ADUN tahu butiran mengenai skim ini, tapi yang pasti ialah dia tidak perlu dipohon. Semua rakyat Sabah berusia satu bulan hingga 80 tahun secara automatik mendapat perlindungan kemalangan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau di sini hari ini.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan berkata, permohonan hanya akan dilakukan apabila proses membuat tuntutan skim berkenaan.

“Soal permohonan hanya timbul apabila membuat tuntutan tersebut, pada waktu itu hanya tiga dokumen diperlukan. Satu adalah laporan polis menyatakan berlaku kecederaan,kematian atau kemalangan.

“Kedua adalah laporan doktor dan ketiga adalah dokumen kewarganegaraan seperti MyKad bagi mengesahkan bahawa pemohon adalah penduduk negeri Sabah,” katanya.

Sebelum itu, Masidi berkata, Kerajaan Sabah meluluskan Skim Insurans Berkelompok yang akan memberi manfaat kepada lebih 3.5 juta penduduk tempatan.

Katanya, perlindungan insurans kemalangan itu adalah percuma kepada setiap penduduk yang layak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah
PendapatUtama

Sabah Makin Sejahtera: Bukti Usaha Membasmi Kemiskinan Berhasil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular