HomeUtamaKejelasan dan Kestabilan Dasar Tarik Minat Pelabur ke Malaysia – Fahmi

Kejelasan dan Kestabilan Dasar Tarik Minat Pelabur ke Malaysia – Fahmi

Read Time:1 Minute, 50 Second

GENEVA – Kejelasan dan kestabilan dasar, disokong oleh kestabilan politik menjadi faktor utama yang menarik minat pelabur asing ke Malaysia, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Rancangan Malaysia, Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) merupakan antara contoh dasar kerajaan yang jelas dan konsisten.

“Kejelasan dan kestabilan dasar ini menjadi daya tarikan utama kepada pelabur. Mereka yakin bahawa dasar-dasar ini tidak akan diubah secara sewenang-wenangnya.

“Buktinya kita lihat angka-angka yang diumumkan sama ada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mahupun Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membuktikan Malaysia terus menjadi negara yang sangat diminati oleh pelabur asing,” katanya.

Fahmi berkata demikian semasa sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia di Rumah Malaysia di sini pada Ahad yang turut dihadiri Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geneva, Datuk Nadzirah Osman.

Sementara itu Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke World Summit on the Information Society+20 High-Level Event (WSIS+20) yang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 7 hingga 11 Julai 2025.

Penyertaan Malaysia di WSIS+20 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem teknologi komunikasi negara yang inklusif dan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Penyertaan ini turut membawa pelbagai manfaat strategik kepada negara, termasuk pengiktirafan global terhadap kepimpinan Malaysia dalam perluasan capaian internet luar bandar, keterangkuman teknologi komunikasi, serta inisiatif memperkasakan celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) rakyat selaras dengan nilai kesejahteraan Malaysia MADANI.

Di dalam Penyertaan Malaysia kali ini, Kementerian turut memperkenalkan inisiatif strategik seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), yang mencerminkan kepimpinan negara dalam perluasan akses internet luar bandar serta pemerkasaan literasi ICT rakyat.

Sepanjang persidangan, beliau dijadual mengadakan lebih 10 pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari pelbagai negara termasuk United Kingdom, Arab Saudi, Poland, Somalia, Greece, Rusia dan Algeria. Beliau turut bertemu Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen Bogdan-Martin.

WSIS+20 yang dianjurkan oleh PBB berfungsi sebagai platform global bagi memajukan penggunaan ICT dalam pembangunan mampan, dengan fokus kepada 11 bidang termasuk infrastruktur, keselamatan siber dan pembangunan kapasiti. Sejak 2012, lebih 234 pemenang dan 648 projek telah menerima pengiktirafan melalui Anugerah WSIS.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan Sabah 2026 bukti keupayaan kerajaan urus pembangunan, kebajikan rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular