HomeUtamaLelaki larikan Hilux selepas kemalangan dipenjara 14 bulan

Lelaki larikan Hilux selepas kemalangan dipenjara 14 bulan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang melarikan sebuah Toyota Hikux selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Tambunan-Kota Kinabalu tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Zaleh Md Sipin, 48, selepas tertuduh mengaku bersalah, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh mencuri sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux milik seorang lelaki berusia 65 tahun pada 12 Jun 2025 kira-kira jam 11.45 pagi di Jalan Tambunan-Kota Kinabalu berhampiran Kampung Notoruss, Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa kejadian pengadu sedang memandu kenderaan bersama adik perempuannya melalui jalan tersebut.

Ketika melalui Kampung Notoruss, Penampang, kenderaan pengadu dilanggar sebuah Proton Saga yang dipandu seorang lelaki tidak dikenali, iaitu tertuduh.

Pengadu bersama adik perempuannya kemudian turun dari kenderaan untuk memeriksa kerosakan. Namun, lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke dalam Toyota Hilux milik pengadu sebelum melarikan kenderaan tersebut.

Tertuduh berjaya ditahan pada 25 Jun 2025, susulan laporan polis yang dibuat oleh pengadu.

Timbalan pendakwa Raya Arfa Anchal Khan mengenalikan pedakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkasa modal insan, fokus generasi muda luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular