HomeUtamaBajet tambahan cerminan kestabilan politik, kewangan negeri – ADUN Sindumin

Bajet tambahan cerminan kestabilan politik, kewangan negeri – ADUN Sindumin

Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob menyifatkan Bajet Tambahan Negeri meenerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan Tambahan (2025) dibentang di Persidangan Dewan Undangan hari ini disifatkan sebagai satu manifestasi kestabilan politik dan pengurusan kewangan negeri yang baik.

Menurutnya, bajet tambahan negeri itu diperlukan untuk menampung pembayaran mendesak khususnya melibatkan kemudahan dan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat.

“Saya menyokong Bajet Tambahan Negeri ini diluluskan, disebabkan yang akan menerima manfaatnya adalah rakyat dan pembangunan negeri ini serta menampung kos bencana alam.

“Kerajaan Negeri juga mempunyai kewangan yang kukuh untuk dibelanjakan kepada rakyat menerusi rizab berjumlah RM8.6 bilion. Buat apa kita menyimpan dan laungkan kita (Kerajaan negeri) banyak rizab ini..sebaliknya kita serah kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Pembekalan Tambahan (2025) yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah d sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau mahu menerusi bajet tambahan itu, kementerian menerusi jabatan dan agensi dibawahnya membelanjakan dengan cepat khususnya digunakan untuk bantuan bencana alam.

Katanya, bajet tambahan negeri ini perlu diguna untuk kes-kes kecemasan bencana alam disalur ke Pejabat Daerah supaya cepat diagihkan.

Justeru itu, beliau mahu kementerian yang berkaitan memantau pengagihan bajet tambahan ini di jabatan dan agensi dibawah mereka supaya ia dibelanjakan dengan cepat untuk manfaat rakyat.

Sementara itu, Dr Yusof meminta keperluan mendesak bagi mewujudkan sebuah Pusat Maklumat Pelancong Sipitang disebabkan status Sipitang yang menjadi daerah persinggahan kepada pengunjung dan pelancong dari Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

Katanya, bangunan Pejabat Daerah Lama di Pekan Sipitang dicadangkan untuk dijadikan Pusat Maklumat Pelancongan Sipitang dengan mengekalkan struktur asal.

Pada masa sama, beliau juga meminta Dewan Serbaguna Pekan Sipitang dinaik taraf untuk kemudahan penduduk Sipitang.

Menurutnya, dewan tersebut yang menjadi dewan utama di Pekan Sipitang untuk majlis kerajaan, keramaian, perkahwinan dan sukan adalah berkapasiti kecil.

“Sudah sampai masanya dewan ini dinaiktaraf atau dibina sebuah dewan serbaguna yang baharu sejajar dengan pertambahan penduduk Sipitang dengan adanya Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan malu jadi petani, anak muda diseru ceburi sektor pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular