HomeUtamaCOVID-19: Sabah Rekod 695 Kes Positif Baharu

COVID-19: Sabah Rekod 695 Kes Positif Baharu

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali merekodkan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang agak tinggi dengan merekodkan 695 kes hari ini selepas mencatat angka yang rendah sejak beberapa hari yang lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penambahan 198 kes berbanding semalam namun trend ini telah diramal lebih awal.

Bagaimanapun, daripada 695 kes yang dicatat hari ini, 448 kes atau 64.46% adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu manakala selebihnya adalah kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih lama setelah keputusan saringan diketahui.

Selain Kota Belud, daerah-daerah lain yang mencatatkan kes lewat daftar yang tinggi ialah, Tenom 40, Kota Kinabalu 33, Papar 19, Tawau 18 dan Penampang 15.

“Faktor yang mempengaruhi peningkatan tersebut ialah pertambahan kes baharu yang agak tinggi di beberapa daerah seperti Kota Belud dengan tambahan 75 kes berbanding semalam, Beaufort meningkat 33 kes, Kudat 29 kes, Tenom 23 kes, Pitas 23 kes, Kota Marudu 22 kes, Keningau 19 kes dan Ranau 18 kes.

“Seperti yang dinyatakan diatas, Kota Belud merekodkan kes tertinggi berbanding daerah-daerah lain di Sabah dengan 123 kes. Ia juga daerah tunggal yang mencatatkan kes tiga angka,” katanya.

Menurut Masidi lagi, analisis kes yang dilaporkan hari ini menunjukkan kes-kes sporadik masih tinggi, hampir 33.7%, sementara 34 kes berpunca dari Saringan Bergejala, 30 kes dari Saringan Kontak Rapat dan 53 kes berpunca dari Saringan Tempat Kerja.

Manakala 91 daripada 123 kes di Kota Belud merupakan kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.

Dalam pada itu, hanya tiga daerah yang mencatatkan penurunan pada dua angka iaitu Kota Kinabalu menurun 19 kes, Putatan 19 kes dan Beluran 10 kes.

Katanya, daripada keseluruhan kes yang direkodkan hari ini, 96.12% adalah kes-kes dalam Kategori 1 dan 2, yang lazimnya hanya memerlukan rawatan di rumah atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). Hanya empat kes berada dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5. Sebanyak 20 kes lagi masih dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Masyarakat digesa untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan kerana faktor yang mempengaruhi perubahan angka setiap hari adalah sikap kita sendiri,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular