HomeUtama1124 Pelajar Terima Peranti Tablet Di Kota Marudu

1124 Pelajar Terima Peranti Tablet Di Kota Marudu

Read Time:52 Second

KOTA MARUDU: Seramai 1124 pelajar dari sembilan buah sekolah di daerah Kota Marudu menerima bantuan peranti tablet, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah menyerahkan peranti kepada pengetua dan guru besar sembilan buah sekolah tersebut dalam satu acara penyerahan di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, pada Khamis (21/10/2021).

“Program perintis ini menyasarkan pelajar-pelajar yang tergolong dalam keluarga B40 untuk memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) mereka,” kata Maximus yang juga Ahli Parlimen P168 Kota Marudu.

Menurut Maximus, sumbangan tersebut merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat Yayasan Hasanah dan Yayasan Petronas.

Sekolah yang terpilih dalam program perintis itu adalah SMK Kota Marudu, SMK Bandau, SMK Langkon, SMK Tandek, SJKC Khoi Ming, SK Langkon, SK Tagaroh, SK Tandek dan SK Talatang.

Hadir sama, ADUN N7 Tandek merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Hendrus Anding, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan), Khairuddin Jamal dan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Jonnybone Kurum.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya