HomeUtamaCOVID-19 : Kota Belud & Ranau Kekal Menyumbang Angka Tertinggi Jangkitan Kes

COVID-19 : Kota Belud & Ranau Kekal Menyumbang Angka Tertinggi Jangkitan Kes

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Dua daerah di Sabah iaitu Kota Belud dan Ranau kekal menyumbang angka tertinggi catatan baharu jangkitan kes COVID-19 dikala daerah lain mula menunjukkan trend penurunan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kota Belud hari ini mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes diikuti dengan Ranau sebanyak 54 kes.

“Selain itu, Sabah meneruskan trend penurunan dengan penyusutan sebanyak 52 kes jangkitan COVID-19 hari ini

“Dimana pada hari ini Sabah  mencatatkan 450 kes baharu  angka terendah sejak 16 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, pada hari ini juga jumlah daerah yang mencatatkan penurunan kes ialah sebanayak 16 daerah.

Katanya, lapan lagi daerah mencatatkan peningkatan kes dan tiga daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Hanya dua daerah melepasi catatan 50 kes dan 19 daerah merekodkan kes dibawah paras 20 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, daripada 450 kes hari ini, sebanyak 266 kes atau 59.11 peratus adalah merupakan kes-kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Katanya, selebihnya adalah kes-kes yang didaftar beberapa hari selepas keputusan saringan tersebut diperolehi.

“Sebanyak 96 peratus daripada kes hari ini adalah pesakit-pesakit dalam Kategori 1 dan 2 manakala bagi Kategori 3 seramai seorang, Kategori 4 seramai tiga orang dan Kategori 5 seramai tiga orang.

“11 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah salur RM23 juta bantu sekolah bukan Kerajaan, persendirian Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya