HomeUtamaAhli Dewan Negara Senator Guandee Kohoi Meninggal Dunia

Ahli Dewan Negara Senator Guandee Kohoi Meninggal Dunia

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guandee Kohoi yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 4.45 petang pada Selasa. (26 Oktober 2021)

Dia dimasukkan ke hospital pada pukul 5 pagi tadi oleh seorang pembantunya selepas mengadu sakit dada.

Guandee berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional pada Isnin tetapi tidak hadir selepas didapati positif Covid-19.

Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau amat sedih dengan berita itu dan percaya parti itu telah kehilangan seorang pahlawan dan ahlinya yang paling berharga.

“Guandee adalah sekutu saya yang paling setia dan kawan yang paling saya sayangi. Dia telah bersama saya dalam susah dan senang, walaupun ketika saya tidak mempunyai apa-apa, dia tidak pernah meninggalkan saya malah membantu saya. Ia sangat sukar untuk menggantikannya,” katanya.

Jeffrey berkata, dia kali terakhir bercakap dengan Guandee pada 10 pagi hari ini apabila Guandee menghubunginya dari hospital.

“Dia memberitahu saya dia baik-baik saja dan tidak perlu risau. Guandee yang juga telah lengkap dos vaksinasinya dan memberi jaminan kepada saya dia akan keluar dalam masa tiga hingga empat hari lagi. Ia benar-benar melukakan hati saya,” katanya.

Menurut setiausaha sulit Jeffrey, Rizal Johari, keluarga Guandee kecuali isterinya, yang juga positif Covid-19, sudah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya