HomeIsu tempatan200 Murid Di Kota Marudu Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah Daripada SESB

200 Murid Di Kota Marudu Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah Daripada SESB

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA MARUDU: Seramai 200 orang murid dari empat buah sekolah rendah di sini menerima sumbangan kelengkapan sekolah daripada Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity Sdn Bhd, semalam.

Menerusi Program Ceria Ke Sekolah yang merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB dan SESB, setiap pelajar diberikan beg sekolah, alat tulis dan wang tunai RM50, bagi memudahkan persediaan mereka untuk kembali ke sekolah pada bulan hadapan.

“Anak-anak kita terpaksa mengikuti kelas dalam talian selama hampir dua tahun, berikutan penutupan sekolah bagi mengawal penularan Covid-19.

“Saya percaya ia bukan satu peralihan yang mudah daripada kelas dalam talian kepada kelas fizikal, tetapi dengan sumbangan SESB ini, para penerima akan lebih bersemangat untuk kembali ke sekolah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Para penerima adalah dari SK Lampada, SK Koromoko, SK Mangin dan SK Panadahan, yang terdiri daripada kumpulan B40, dan dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan merangkap Adun Tandek, Hendrus Anding; Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir Idris Mohd Noor; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Farah Dalila Doris dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Kota Marudu Yusuf Bakrin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya