HomeUtamaInkues Zara: Simulasi patung bantu gambarkan insiden

Inkues Zara: Simulasi patung bantu gambarkan insiden

Read Time:2 Minute, 35 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner melihat dua video simulasi patung yang dijatuhkan dari tingkat tiga bagunan bagi menggambarkan insiden Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang jatuh pada hari kejadian.

Video simulasi ity dimainkan selepas Inspektor Maidon Bernados yang merupakan saksi inkues Zara selesai membacakan kenyataan saksinya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Menurut Maidon yang bertugas sebagai Inspektor Siasatan Tempat Kejadian di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah sejak 16 Jun 2016, beliau telah menerima permohonan daripada Insp. Wong Yew Zhung, Pegawai Penyiasat bagi satu kes kematian mengejut di sekolah di Papar untuk membuat pemeriksaan tempat kejadian.

Pada 3 Ogos 2025, jam lebih kurang jam 3 pagi, Maidon selaku Ketua Pasukan bersama ahli pasukan yang lain pergi ke lokasi kejadian untuk proses bina semula tempat kejadian (Re-construct) serta simulasi kejadian.

Menurutnya, bina semula tempat kejadian (Simulasi) dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai insiden.

“Simulasi kejadian telah dijalankan menggunakan patung dengan berat asal 10 kilogram. Bagi menyerupai berat fizikal si mati, patung tersebut ditambah pemberat menggunakan batu bata yang ditampal mengelilingi bahagian pinggang hingga ke bawah, menjadikan jumlah berat keseluruhan kira-kira 53 kilogram. Ketinggian patung adalah lebih kurang 180 sentimeter, iaitu melebihi 27 sentimeter daripada ketinggian fizikal si mati (153 sentimeter).

“Pembinaan semula tempat kejadian telah dijalankan pada anggaran masa sebenar insiden berlaku, iaitu sekitar jam 3 pagi, dengan pencahayaan terang hasil daripada lampu bangunan asrama serta lampu tambahan forensik (Cordless/Tower Work Makita),” katanya.

Menurutnya, pegawai penyiasat telah menyampaikan taklimat dan memberikan panduan mengenai keadaan semasa berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh beliau.

Pasukan Maidon seterusnya adalah membuat simulasi pergerakan patung ke bawah (permukaan tanah) bermula dari koridor berhadapan dengan tandas pintu tandas di aras tiga bangunan asrama.

“Dua jenis simulasi telah dibuat. Gambar dan video semasa proses simulasi juga telah diambil,” katanya.

Simulasi pertama dibuat dengan patung dijatuhkan terus secara tegak lurus daripada koridor tanpa daya dorongan/tolakan ke hadapan. Simulasi kedua pula dibuat dengan patung dijatuhkan sambil menggunakan daya tolakan/dorongan secara minima ke hadapan daripada koridor. Semua maklumat telah direkodkan dengan sistematik untuk tujuan rujukan lanjut.

“Hasil simulasi pertama, saya mendapati jarak antara kedudukan jatuhan patung mendarat dan dinding bangunan asrama di aras bawah (ground floor) adalah lebih kurang 2.14 meter.

“Manakala hasil simulasi kedua, jarak antara kedudukan jatuhan patung mendarat dan dinding bangunan asrama aras bawah (ground floor) adalah lebih kurang 3.45 meter.

“Secara keseluruhan, hasil dari simulasi yang telah saya bersama pasukan CSI lakukan mendapati, simulasi pertama iaitu jatuhan patung ke bawah tanpa daya tolakan/dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa melalui siasatan awal yang telah dilaksanakan oleh pegawai penyiasat melalui taklimat ringkas yang diberikan pada awalnya,” katanya.

Menurut Maidon, proses simulasi telah selesai pada jam lebih kurang 6.30 pagi.
“Selepas kembali ke pejabat, saya telah menyediakan laporan rasmi hasil siasatan tempat kejadian melalui Sistem Forensik Evidence Management System (FEMS) PDRM. Laporan tersebut dicetak, ditandatangani, dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.”

Turut hadir bersama pasukan Maidon adalah pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Papar termasuk Pegawai Penyiasat kes serta wakil daripada warden asrama sekolah tersebut iaitu Azhari Abd Sagap.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki didenda RM4,000 miliki produk tidak berdaftar, kosmetik tanpa notifikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular