PRN SABAH
HomeSukanFIFA Denda FAM RM1.8 Juta, Gantung 7 Pemain Naturalisasi Malaysia Setahun

FIFA Denda FAM RM1.8 Juta, Gantung 7 Pemain Naturalisasi Malaysia Setahun

Read Time:1 Minute, 25 Second

KUALA LUMPUR, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan tindakan tegas terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain naturalisasi Malaysia selepas mendapati berlaku pemalsuan dokumen bagi tujuan kelayakan pemain untuk mewakili skuad kebangsaan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA, FAM didenda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala tujuh pemain terbabit masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (kira-kira RM10,600).

Tujuh pemain yang disenaraikan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Menurut FIFA, FAM menggunakan dokumen yang dipalsukan ketika mengemukakan pertanyaan kelayakan kepada badan induk bola sepak dunia itu bagi membolehkan pemain-pemain berkenaan diturunkan ketika perlawanan menentang Vietnam pada 10 Jun 2025, iaitu aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia AFC 2027 di Arab Saudi.

Tindakan itu melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang berkait dengan kesalahan pemalsuan dan penyelewengan. Aduan rasmi terhadap kelayakan beberapa pemain berkenaan dikemukakan kepada FIFA selepas perlawanan itu.

Selain denda, kesemua tujuh pemain tersebut turut digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa serta-merta dari tarikh keputusan dimaklumkan.

FIFA turut memaklumkan bahawa isu kelayakan pemain-pemain terbabit untuk terus mewakili Malaysia kini dirujuk kepada Tribunal Bola Sepak FIFA untuk pertimbangan lanjut.

FAM dan para pemain telah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan diberi tempoh 10 hari untuk mengemukakan rayuan atau permintaan bagi keputusan bersebab yang akan disiarkan di legal.fifa.com. Keputusan ini juga tertakluk kepada proses rayuan di peringkat Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Langkah ini dianggap antara tindakan disiplin terbesar yang pernah dikenakan FIFA terhadap persatuan bola sepak kebangsaan di rantau ini, dengan implikasi besar terhadap penyertaan Malaysia dalam kejohanan antarabangsa.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular