PRN SABAH
HomeUtamaTiga individu ditahan dalam serbuan seludup minyak di Pantai Timur Sabah

Tiga individu ditahan dalam serbuan seludup minyak di Pantai Timur Sabah

Read Time:39 Second

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sabah menahan tiga individu dalam dua operasi berasingan bagi membanteras kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi di Pantai Timur Sabah.

Komander Polis Marin Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan serentak di Sandakan dan Semporna itu dijalankan bermula jam 8 malam pada 29 September.

“Di Sandakan, dua lelaki tempatan ditahan bersama sebuah lori tangki, kenderaan pacuan empat roda serta dua tangki skid yang dirampas di Jalan Cecily.

“Manakala di Semporna, seorang lelaki warga asing ditahan di kawasan perairan Pulau Omadal dan Tanjung Pantau-Pantau kerana disyaki cuba menyeludup petrol ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 5,400 liter diesel dan 51 jerekin petrol dengan anggaran nilai keseluruhan RM482,672.25 dirampas dalam operasi itu.

Kesemua tangkapan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Ribuan umat Islam hadir solat jenazah Allahyarham Bung Moktar Radin di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular