HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Antara Terendah Direkodkan Di Sabah

COVID-19 : Kes Jangkitan Antara Terendah Direkodkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terendah hari ini sejak beberapa bulan lalu iaitu sebanyak 405 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia menunjukkan penurunan sebanyak 164 kes lebih rendah daripada semalam.

“Kecuali daerah Kota Kinabalu yang mendaftar 52 kes baharu, jumlah kes harian disemua daerah di Sabah adalah di bawah  paras angka 50.

“Sebanyak 11 daerah mencatat kes baharu kurang daripada 10 kes termasuk tiga daerah (Kunak, Tongod dan Kalabakan) yang tidak ada kes jangkitan baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Sabah turut mencatatkan satu kluster baharu membabitkan kluster komuniti iaitu di Kampung Karanaan Ranau hari ini.

Katanya, kluster itu juga merupakan satu peringatan penting dimana masyarakat setempat perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa.

“Ini lebih-lebih lagi Sabah akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok dan pelbagai sekatan keatas majlis-majlis sosial dan aktiviti-aktiviti ekonomi akan dilonggarkan.

“Kesannya ialah risiko jangkitan virus di tempat-tempat awam dan acara-acara sosial akan semakin tinggi.

“Rakyat diseru agar tidak lalai mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa. Kelonggaran ini meletakkan tanggungjawab ‘frontliners’ keatas bahu rakyat sendiri untuk mengekang penularan virus COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, kesan positif pengambilan vaksin yang lengkap dapat dilihat melalui statistik harian pesakit-pesakit baharu yang dijangkiti virus COVID-19.

Katanya, daripada 405 kes hari ini, seramai 387 orang atau 96 peratus adalah pesakit-pesakit Kategori 1 dan 2 (tidak ada gejala atau sekadar gejala ringan),

“Bagi Kategori 3, tidak ada pesakit direkodkan dan hanya seorang pesakit dalam Kategori 4 dan begitu juga bagi Kategori 5. Sejumlah 16 kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengamal media bantu kerajaan sebar, terangkan berita tepat, sahih kepada rakyat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya