PRN SABAH
HomeUtamaKGNS kecam tindakan tayangan montaj hina TYT Sabah

KGNS kecam tindakan tayangan montaj hina TYT Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU : Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS), Yazid Hasnan Tawik @ Charles, mengecam keras tindakan penganjur program politik Parti Warisan yang didakwa menayangkan montaj berunsur penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam satu majlis di kawasan Sin On, Tawau, Sabtu lalu.

Yazid berkata, perbuatan itu bukan sahaja tidak beradab, malah mencerminkan kejahilan politik dan sikap tidak bertanggungjawab terhadap institusi tertinggi negeri yang seharusnya dihormati.

“Perbuatan seperti ini jelas menunjukkan sikap pemimpin Parti Warisan yang buta undang-undang dan sering membelakangkan prinsip perundangan serta adab politik yang berhemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan memperlekeh atau mempersenda institusi TYT tidak boleh diterima sama sekali, terutama dalam masyarakat majmuk yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah.

“Institusi TYT adalah lambang perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negeri. Sebagai rakyat Sabah, kita wajib mempertahankan kemuliaan dan kedudukan institusi ini daripada dicemari oleh tindakan tidak bertanggungjawab mana-mana pihak,” tegasnya.

Yazid turut menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan menayangkan montaj tersebut.

Beliau menegaskan bahawa kebebasan berpolitik tidak boleh dijadikan lesen untuk menghina atau merendahkan institusi negeri, terutama yang menjadi simbol perpaduan rakyat Sabah.

“Kita boleh berbeza pandangan politik, tetapi jangan sampai hilang adab dan rasa hormat terhadap institusi yang menjadi payung negeri ini,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular