HomeSukanGagasan Rakyat Tanjung Aru sokong Pasukan Ragbi Sharks hadapi SAGA 2025

Gagasan Rakyat Tanjung Aru sokong Pasukan Ragbi Sharks hadapi SAGA 2025

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Semangat kesukanan dan perpaduan terus disemarakkan apabila Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Aru, Dr Ritchie Jay Cheng, menyampaikan sumbangan dana kepada Pasukan Kelab Bola Ragbi Sharks Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Pasukan tersebut bakal mewakili daerah dalam Temasya Sukan Sabah Games (SAGA) 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober di Tawau.

Majlis penyerahan sumbangan yang diadakan secara ringkas di Padang Ragbi Tanjung Aru, gelanggang latihan rasmi pasukan itu, turut menyaksikan keakraban Dr Ritchie bersama para pemain muda kebanyakan daripada mereka anak jati Tanjung Aru yang bersemangat tinggi untuk mengharumkan nama daerah.

Dalam ucapannya, Dr Ritchie menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang, disiplin dan kesungguhan pasukan Sharks yang dilihat mampu menjadi inspirasi kepada generasi muda lain.

“Pasukan Ragbi Sharks bukan sekadar membawa nama daerah, tetapi mencerminkan semangat perpaduan, disiplin dan kekuatan generasi muda yang menjadi tulang belakang pembangunan negeri Sabah.

“Sukan ini bukan hanya tentang kemenangan di padang, tetapi tentang membina karakter dan semangat kebersamaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sokongan terhadap aktiviti sukan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada pembangunan insan dan sosial yang inklusif, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan rakyat sejak tahun 2020.

“Sumbangan yang disalurkan ini diharap dapat membantu dari segi persiapan logistik, kelengkapan pasukan dan latihan intensif, seterusnya meningkatkan keyakinan pemain untuk membawa pulang kejayaan.

“Justeru, menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang, marilah kita terus mengekalkan politik harmoni berasaskan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Gagasan Rakyat Tanjung Aru akan terus menyokong inisiatif yang membina, terutama dalam melahirkan lebih ramai bakat muda dalam bidang sukan dan kepimpinan,” tambahnya lagi.

Pasukan Ragbi Sharks Kota Kinabalu dijangka berentap dengan pasukan-pasukan hebat dari seluruh Sabah dalam SAGA 2025.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA: Sabah hanya fokus pada pasukan sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular