PRN SABAH
HomeUtamaGempa Bumi Lemah dilaporkan Di Keningau, Tiada Ancaman Tsunami – Met Malaysia

Gempa Bumi Lemah dilaporkan Di Keningau, Tiada Ancaman Tsunami – Met Malaysia

Read Time:32 Second

KOTA KINABALU – Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di kawasan Keningau, Sabah pada jam 8.32 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi berkenaan berukuran magnitud 2.0 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa bumi itu terletak di koordinat 5.9 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah.

Gegaran turut dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.

METMalaysia turut memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut dan turut memohon orang ramai yang  merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan berikut :

https://forms.gle/jr6DGx9pNxcrwv3T8

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular