PRN SABAH
HomeUtamaRemaja lelaki 16 tahun dikhuatiri lemas

Remaja lelaki 16 tahun dikhuatiri lemas

Read Time:49 Second

Oleh Raul G

TAMPARULI: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Kampung Kimonsi di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang dikenali Randell Junior Rony, belum ditemukan sehingga kini manakala pencarian mangsa masih giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang berhubung kejadian terbabit.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapatkan maklumat dan bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di sekitar kawasan sungai,” katanya dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, operasi SAR juga dijalankan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung berhampiran.

“Sehingga kini, pasukan penyelamat belum menemui sebarang petunjuk.

“Sebarang perkembangan maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular