PRN SABAH
HomeIsu tempatanKebakaran lori muatan minyak di Kinabatangan berjaya dikawal sebelum bomba tiba

Kebakaran lori muatan minyak di Kinabatangan berjaya dikawal sebelum bomba tiba

Read Time:40 Second

KINABATANGAN : Sebuah lori trailer membawa muatan minyak yang terbakar di Jambatan Kinabatangan dekat sini pagi tadi berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Menurut Komander Operasi, PBK II Jerry John, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.55 pagi dan tiba di lokasi 50 minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan bahagian tayar lori trailer 12 tan dengan anggaran 10 peratus kerosakan. 

“Orang awam telah menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api sebelum kami tiba,” katanya ketika dihubungi.

Pasukan bomba kemudian melakukan pemadaman terakhir menggunakan satu aliran salur bantu dengan sumber air dari tangki jentera.

Operasi yang melibatkan 6 anggota dan sebuah jentera FRT itu bermula pada 7.55 pagi dan berjaya diselesaikan dalam masa 26 minit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Paris itu. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS hargai dedikasi pendidik menerusi penganjuran Minggu Akademia 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular