PRN SABAH
HomePRNPKR Tuaran bantu calon GRS di empat kawasan DUN, putus hubungan dengan...

PKR Tuaran bantu calon GRS di empat kawasan DUN, putus hubungan dengan UPKO

Read Time:59 Second

Oleh Florieta Diet

TUARAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran memutuskan untuk membantu calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17.

Ketua Cabang PKR Tuaran, Razeef Rakimin, berkata keputusan itu dibuat selepas PKR Tuaran mengadakan mesyuarat pada 8 November lalu bagi membincangkan pelbagai isu penting, termasuk kesiapsiagaan gerak kerja menghadapi PRU DU Sabah.

“Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat itu ialah tindakan PKR Tuaran memutuskan hubungan serta-merta dengan Parti UPKO di peringkat kawasan tersebut. Langkah itu diambil selepas mengambil kira perkembangan politik semasa yang dilihat memerlukan penegasan pendirian parti,” katanya.

Razeef menjelaskan, berdasarkan situasi terkini, UMNO tidak membantu calon Keadilan di kerusi Sindumin, sekali gus menimbulkan keperluan untuk PKR Cabang Tuaran meneliti strategi lain bagi memastikan kekuatan blok reformasi terus dipertahankan di Sabah.

Katanya, Biro Politik PKR Tuaran turut membincangkan kemungkinan untuk membantu rakan komponen sekiranya tiada calon PKR diketengahkan di sesuatu kawasan, dengan tujuan memastikan persaingan sihat dan memaksimumkan peluang kemenangan dalam gabungan.

Beliau menegaskan bahawa semua keputusan berkenaan dibuat demi kepentingan pengundi serta memastikan penyelarasan sokongan yang lebih berkesan menjelang PRU ke-17.

RELATED ARTICLES
Utama

PM zahir takziah atas pemergian Bung Moktar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular