Oleh Sitti Nor Azizah Talata
TAWAU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Balung muncul sebagai antara kerusi paling panas pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 apabila mencatatkan pertandingan 11 penjuru.
Pertandingan padat ini membabitkan kombinasi parti-parti utama, parti tempatan serta calon bebas, menandakan persaingan yang dijangka sengit untuk menguasai kerusi tersebut.
Calon-calon yang disahkan bertanding terdiri daripada Syed Ahmad Syed Abas (GRS), Norazizah Pelari @ Palari (RUMPUN), Chee Kheng Moi (STARSABAH) dan Rosdiansa Mohd Noor (PPRS).
Calon lain ialah, Ahmad Awang (PN), Frank Salazar @ Franco (PBK), Hartono Muhamad Juno (Warisan), Erwan Palette (BN), Shafie Hassan (Bebas), Dr. Munzier Mahamud (PN) dan Datu Ugis Datu Pula (PIS).
Pertandingan melibatkan ramai calon ini dijangka menyebabkan undi berpecah kepada pelbagai blok sokongan, sekaligus menjadikan keputusan sukar diramal.
Pemerhati politik menjangkakan Balung menjadi kerusi tumpuan kerana komposisi calon yang pelbagai serta tumpuan parti-parti besar untuk menawan kawasan tersebut.



