HomeUtamaPharmaniaga Berhad Serah RM1.4 Juta Zakat Perniagaan

Pharmaniaga Berhad Serah RM1.4 Juta Zakat Perniagaan

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Syarikat Pharmaniaga Berhad menyerahkan RM1.4 juta zakat perniagaan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Yang DiPertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, penyerahan zakat tersebut diharap menjadi contoh kepada syarikat atau orang perseorangan yang berkemampuan menunaikan zakat untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Hari ini kita menerima RM1.4 juta zakat perniagaan dari Syarikat Pharmaniaga Berhad dan saya berharap ini menjadi contoh yang baik untuk di war-warkan kepada syarikat-syarikat korporat mahupun individu yang berkemampuan untuk turut serta menunaikan zakat.

“Zakat ini kita akan disalurkan kepada asnaf miskin bagi meringankan beban yang mereka tanggung, bantuan bukan saja dalam bentuk kewangan tetapi merangkumi pendidikan mahupun permulaan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di disini hari ini.

Yahya berkata, pihaknya juga memohon kepada syarikat-syarikat korporat yang berasal dari Semenanjung namun membuat perniagaan di Sabah untuk menunaikan zakat di Sabah bersesuaian dengan undang-undang syariah.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat Dan Fitrah, Iwansuzairie Hari dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Pharmaniaga Berhad, Dr. Abdul Razak Ahmad./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya