HomeIsu tempatanKPR Laksana Kempen Kesedaran Kanser Payudara

KPR Laksana Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kota Kinabalu (Kinabalu Pink Ribbon) akan melaksanakan kempen kesedaran kanser payudara di 10 daerah di Sabah. 

Presidennya, Laura Bazan berkata, jelajah kempen dari kampung ke kampung yang akan bermula pada 15 Januari tahun depan menjadikan Kampung Selupoh, Tuaran sebagai destinasi pertama. 

“Selepas daerah Tuaran, kempen seterusnya akan diadakan di Kota Belud, Kundasang, Sipitang, Beaufort dan lima daerah yang akan ditentukan kelak. 

“Pengisian program jelajah berkenaan seperti taklimat dan kaunseling serta sesi pemeriksaan payudara secara percuma oleh pegawai kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Laura berkata, program ini turut mendapat kerjasama bersama Klinik Payudara, Hospital Queen Elizabeth  II dan Persatuan Perancang Keluarga Sabah.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan mendapatkan sebuah mesin ultrasound mudah alih adalah melalui konsert sempena hari ibu dalam talian menerusi Facebook pada Mei lalu. 

“Persatuan Pink Ribbon amat berterima kepada Sawit Kinabalu atas sumbangan dana bagi pembelian mesin ultrasound  yang kini ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth.

“Dengan adanya mesin mudah alih ini, biopsi yang disasarkan boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses mendapatkan keputusan supaya rawatan dapat dijalankan jika ketulan payudara yang mencurigakan disahkan kanser,” katanya. 

Hadir sama, mantan Presiden Pink Ribbon, Nancy Tham, Setiausaha, Melisa Lim, Naib Presiden, Annie Chin dan Rokiah Yaakob.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular