PRN SABAH
HomePRNN.19 LIKAS“Ginger Bekerja, Likas Bahagia” – Phoong gariskan 10 dasar utama bina harapan...

“Ginger Bekerja, Likas Bahagia” – Phoong gariskan 10 dasar utama bina harapan bersama

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Likas (DUN) Likas, Datuk Phoong Jin Zhe, menggariskan sepuluh dasar utama dalam manifestonya “Ginger Bekerja, Likas Bahagia – 10 Dasar Utama Bina Harapan Bersama” sebagai komitmen untuk membawa pembangunan lebih tersusun dan berfokus kepada kesejahteraan penduduk Likas.

Phoong berkata dasar tersebut dirangka berdasarkan isu dibangkitkan penduduk, merangkumi keselamatan, infrastruktur, kemudahan awam, dan pembangunan jangka panjang kawasan itu.

Antara tumpuan utama ialah menilai semula sepenuhnya sistem kawalan banjir di Likas, khususnya sekitar Damai, bagi memastikan infrastruktur sedia ada selaras dengan keperluan semasa dan mampu melindungi penduduk daripada risiko banjir.

Beliau juga akan melanjutkan kejayaan projek BAS.MY, sistem bas awam moden pertama di Kota Kinabalu dengan memperluas liputan perkhidmatan itu ke seluruh Likas termasuk kawasan sekolah dan komuniti.

Dalam aspek keselamatan, Phoong berkata penilaian risiko tanah runtuh di kawasan perbukitan akan dipertingkat, selain membina tembok penahan bagi menjamin keselamatan penduduk.

Masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Damai dan Jalan Perpaduan turut menjadi tumpuan dengan cadangan penyelesaian menyeluruh untuk melancarkan pergerakan penduduk.

Beliau turut berjanji menambah baik kemudahan awam Likas termasuk menurap semula jalan perumahan, memasang lampu jalan solar, serta memperindah kawasan kejiranan.

Dalam masa sama, Phoong bertekad memperjuangkan pembinaan jejambat baharu bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Tun Fuad Stephens (Tanjung Lipat Bay), selain memajukan zon sukan Likas ke arah pembangunan bersepadu sebagai sebuah bandar sukan moden dan taman sukan bertaraf dunia.

Pembangunan kawasan Dah Yeh Villa turut diberi tumpuan melalui cadangan menjadikannya komuniti yang lebih hidup, mesra dan selamat dengan kemudahan awam lengkap serta laluan pejalan kaki yang lebih selesa.

Beliau juga mahu mencari penyelesaian terhadap isu projek terbengkalai Pacific City bagi menghidupkan semula potensi ekonomi di kawasan tersebut.

Akhir sekali, Phoong memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah di Likas dengan memastikan pelajar menikmati persekitaran pembelajaran yang baik serta memperbaiki sistem pengangkutan awam sekitar sekolah untuk mengurangkan kesesakan dan mewujudkan sebuah Likas yang bahagia dan sejahtera.

RELATED ARTICLES
PRNUtama

Sepuluh ahli jemaah menteri baharu Sabah angkat sumpah hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular