PRN SABAH
HomeUtamaKota Belud miliki tarikan unik, ketibaan pelancong dijangka melonjak

Kota Belud miliki tarikan unik, ketibaan pelancong dijangka melonjak

Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD  : Sektor pelancongan di daerah ini dilihat bakal melonjak ke tahap baharu selepas beberapa pemimpin menegaskan komitmen mereka untuk memperkasa sektor pelancongan dan kebudayaan setempat.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata potensi pelancongan Kota Belud sangat besar dan perlu diterokai secara lebih terancang.

Justeru, beliau menyeru Pengarah MOTAC Sabah, Ibrahim Othman, bersama pasukannya untuk turun padang memperincikan program-program yang sesuai dilaksanakan mengikut keunikan daerah tersebut.

“Kita mahu program yang bukan sahaja menarik minat pelancong, tetapi turut memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat,” katanya.

Japlin (dua dari kanan) menyampaikan cenderhati berupa kuih muih traditional Kota Belud kepada Khairul Firdaus

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan  program Karnival Explorasi Pelancongan Komuniti Sabah 2025 di sini pada Rabu.

Hadir sama Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah Datuk Japlin Akim.

Khairul turut mendedahkan perkembangan positif sektor pelancongan Sabah tahun ini, di mana kemasukan pelancong asing melonjak antara 20 hingga 30 peratus.

Katanya, ini sekaligus membuktikan keberkesanan pelan tindakan Sabah Maju Jaya dalam merancakkan industri pelancongan negeri.

Sementara itu, Japlin berkata, Kota Belud bukan sahaja kaya dengan pemandangan indah, tetapi juga memiliki sejarah serta budaya yang mampu menjadi daya tarikan utama pelancong.

“Keindahan Gunung Kinabalu sering dikaitkan dengan Ranau, tetapi ramai tidak tahu bahawa pemandangan dari Kota Belud sebenarnya jauh lebih memukau.

“Sungai jernih dari kaki gunung, pantai yang bersih dan suasana tenang menjadikan daerah ini destinasi ideal bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan,” ujarnya.

Japlin turut menekankan keunikan Tamu Kota Belud, antara tamu mingguan terawal di Sabah, yang menurutnya perlu diberi perhatian khusus agar dapat menjadi ikon pelancongan budaya yang mampu meningkatkan ekonomi penduduk.

Dengan potensi semula jadi, kekayaan budaya, serta sokongan padu kerajaan, Kota Belud kini berada di landasan tepat untuk muncul sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ladang Sayur Bukit Layang-Layang jadi model pertanian berimpak tinggi — Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular