PRN SABAH
HomeUtamaPenggunaan kata-kata kesat boleh ganggu emosi Zara – Saksi

Penggunaan kata-kata kesat boleh ganggu emosi Zara – Saksi

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru kaunseling di SMKA Tun Datu Mustapha bersetuju bahawa pertemuan antara pelajar senior dan Zara Qairina Mahathir pada malam sebelum Zara ditemui tidak sedarkan diri sememangnya boleh menyebabkan gangguan emosi kepada Zara.

Miswati Lundu berkata seorang pelajar junior ada mendengar penggunaan kata-kata kesat seperti “bodoh” dan “sial”, dan Miswati bersetuju bahawa penggunaan kata-kata tersebut boleh mengganggu emosi Zara pada malam tersebut.

Bagaimanapun, Miswati berkata beliau tidak pasti sama ada Zara benar-benar mengalami tekanan emosi pada malam tersebut.

Miswati merupakan saksi ke-48 yang memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dalam inkues kematian Zara.

Miswati turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa berdasarkan sesi siasatan dalaman saksi bersama pelajar senior, saksi berkata mereka menunjukkan emosi kurang stabil, menangis dan tidak mahu memberi respon pada awalnya.

Menurutnya para pelajar senior tersebut merasa bersalah kerana tidak menyangka ada tragedi berlaku selepas perjumpaan mereka dengan Zara pada malam 15 Julai.

Miswati berkata para pelajar senior lain menafikan mereka ada mengeluarkan apa-apa perkataan tidak baik, “hanya soalan bertanya kepada Zara”.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyediakan laporan sesi kaunseling mengenai pelajar senior yang bertemu Zara sebelum insiden itu, namun laporan itu hanya disimpan dalam sistem dan tidak menyediakan salinan fizikal kerana polis tidak memintanya.

Miswati turut memberitahu Koroner bahawa sebagai guru kaunseling, beliau telah memberikan peringatan kepada pelajar untuk tidak membuat sebarang kegiatan di luar pengetahuan guru.

Namun, masih pelajar yang membuat sesuatu di luar pengetahuan guru.

Miswati bersetuju bahawa tanggungjawab pelajar di asrama di bawah seliaan para warden, namun beliau berkata kejadian tragik Zara ini adalah di luar kawalan mereka.

Menurutnya, sebagai warden mereka bertugas dalam kemampuan mereka tetapi para pelajar masih mampu memikirkan kaedah untuk memastikan kegiatan tidak dapat dikesan warden.

Beliau memberitahu Koroner bahawa ada sesetengah warden akan meronda dan memantau, tetapi ada juga sesetengah warden akan ’standby’ di rumah warden menunggu aduan para pelajar.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar bina kekuatan pasukan Sabah melalui kepercayaan dan dedikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular