HomeUtama8,800 Penduduk Di Beaufort Selesai Terima Vaksin COVID-19

8,800 Penduduk Di Beaufort Selesai Terima Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 6 Second

9 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

BEAUFORT : Seramai 8,800 penduduk sekitar daerah ini telah menerima vaksinasi COVID-19 dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak April lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam berkata, jumlah itu menunjukkan keprihatinan rakyat terhadap pentingnya penerimaan vaksin bagi membantu kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Syukur sehingga kini semakin ramai rakyat di daerah ini sudah menerima vaksin dan kebanyakkan penerima yang ditemui berpuas hati dengan proses yang dijalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Hari ini juga saya melihat para petugas barisan hadapan telah melaksanakan tugas dengan sebaiknya dan turut dibantu oleh beberapa kakitangan Pejabat Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat (UPPM) Lumadan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke PPV di Dewan Pak Musa disini pagi tadi.

Ruslan bersama petugas barisan hadapan memantau senarai nama penerima vaksin di Dewan Pak Musa, Beaufort

Ruslan berkata, PICK yang dilaksanakan di daerah ini dilaksanakan secara serentak di tiga lokasi berasingan.

Katanya, antara PPV terlibat antaranya di Dewan Pak Musa yang menampung kapasiti penerima seramai 500 orang sehari; Klinik Kesihatan Weston dan Klinik Padas Damit masing-masing dengan kapasiti 35 orang.

“PICK ini juga akan dilaksanakan sehingga semua yang telah mendaftar selesai menerima vaksin.

“Justeru itu, saya berharap bagi mereka yang masih belum mendaftar, segeralah mendaftar dan jangan terpengaruh dengan pelbagai berita tidak benar,”katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular