HomeIsu tempatanPBS Melalap Berharap Pelajar Pedalaman Juga Dapat Manfaat Daripada BAIK

PBS Melalap Berharap Pelajar Pedalaman Juga Dapat Manfaat Daripada BAIK

Read Time:2 Minute, 23 Second

TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap berharap pelajar Tingkatan 5 dan 6 di kawasan Pedalaman seperti Tenom akan turut mendapat manfaat daripada pemberian 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) daripada Kerajaan Negeri.

Timbalan Ketua Bahagian PBS Melalap, Stanis Buandi.


Timbalan Ketua Bahagian PBS Melalap, Stanis Buandi, berkata demikian dalam mengalu-alukan langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk mengagihkan 10,000 komputer riba menerusi BAIK kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6, seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.


“Kita amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana langkah proaktif tersebut pastinya akan memberikan suntikan semangat dan membantu para pelajar yang bakal menerima bantuan tersebut, terutama sekali mereka yang daripada keluarga B40.

“Kita berharap pelajar-pelajar di kawasan Pedalaman seperti Tenom juga akan mendapat manafaat daripada bantuan tersebut. ,” kata Stanis, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) merangkap Setiausaha Penganjur PBS, ketika dihubungi media.


Pada Ahad (6 Jun) lalu, Hajiji mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tngkatan 5 dan 6,  bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.


Katanya, pemberian komputer riba itu membabitkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pada penghujung tahun ini.

Pemberian komputer riba itu yang dipersetujui oleh Kabinet, membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta, kata Hajiji yang juga Menteri Kewangan.


“Pengagihan akan mengambil masa selama kira-kira tiga bulan sehingga Oktober ini. Kerajaan Negeri berharap pemberian komputer riba ini akan membantu pelajar yang tidak berkemampuan.

“Ini adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu agar pelajar yang tidak berkemampuan tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya.


Pengagihan komputer riba nenerusi BAIK untuk Fasa 1 ini membabitkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).


Menerusi Mesyuarat Kabinet sebelum ini, jemaah menteri bersetuju supaya satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dibentuk untuk mencari kaedah membantu pelajar yang tidak berkemampuan, agar tidak tercicir dalam PdPR.

Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah, manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenalpasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak.


Hajiji berkata mesyuarat memutuskan untuk Fasa 1, sebanyak 10,000 komputer riba diagihkan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6, yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.

Pemberian komputer riba untuk Fasa 1 itu, membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar.


Komputer riba daripada pelbagai jenama termasuk ACER, Lenovo dan DELL itu boleh digunakan sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


Pada awal tahun ini, Hajiji memaklumkan kerajaan akan berusaha menyediakan gajet kepada pelajar yang kurang berkemampuan berikutan pelaksanaan PdPD ketika PKP. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya