PRN SABAH
HomeUtamaSaksi tidak tahu ibu Zara dikeluarkan daripada grup WhatsApp sekolah

Saksi tidak tahu ibu Zara dikeluarkan daripada grup WhatsApp sekolah

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang saksi dalam inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tidak mengetahui bahawa ibu mangsa telah dikeluarkan daripada grup WhatsApp antara ibu bapa dan guru selepas kejadian pada 16 Julai yang menimpa anaknya.

Saksi ke-49, Yuslina Badrum, berkata beliau tidak pasti mengenai grup WhatsApp berkenaan  kerana tidak berada dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

“Saya tidak tahu tentang perkara ini,” katanya ketika menjawab soalan daripada peguam yang mewakili ibu Zara, Rizwandean M Borhan.

Menjawab soalan lain, Yuslina tidak bersetuju bahawa pihak sekolah menyembunyikan maklumat dari ibu Zara.

Peguam: Siasatan dalaman tidak dimaklumkan kepada mama Zara, salinan diari tidak diberikan kepada mama Zara, telefon awam telah dimatikan selama 1 setengah hari, betulkah kalau saya katakan terdapat usaha yang sistematik daripada pihak sekolah untuk menyimpan atau ‘withhold’ maklumat daripada ibu Zara?

Saksi: Saya tidak setuju jika ini dikatakan usaha yang sistematik dilakukan oleh sekolah.

Ketika ditanya sama ada sekolah sepatutnya memaklumkan secara rasmi kepada ibu Zara mengenai kewujudan diari serta siasatan dalaman bagi mengelakkan tanda tanya dan spekulasi, Yuslina berkata, “Saya rasa sekolah masih perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian” (Kementerian Pendikan).

Sementara itu saksi ke-50, Solehah Md Noh menyatakan bahawa sehingga hari ini ibu Zara tidak pernah diberitahu mengenai laporan siasatan dalaman dan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dengan kejadian yang menimpa Zara.

Solehah yang juga merupakan guru di SMKA TDM mengesahkan bahawa Cikgu Yuslina ada mengimbas (scan) diari-diari Zara untuk mencari punca kejadian yang berlaku dan tujuan diari-diari ini kena scan adalah untuk “simpanan sekolah.”

Saksi juga bersetuju bahawa kejadian yang berlaku kepada Zara pada malam 15 Julai 2025 boleh dikategorikan sebagai buli kerana ianya buli lisan.

Ini kerana wujudnya perkataan-perkataan yang kesat dikeluarkan kepada Zara dengan nada marah oleh pelajar-pelajar senior yang boleh menyebabkan gangguan emosi.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular