SEREMBAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan pengeluar kaca inovatif, Kibing Group (M) Sdn Bhd untuk menubuhkan kilangnya di Sabah.
Ketika mengunjungi kilang kaca tercanggih atas jemputan pengurusannya yang terletak di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar di Negeri Sembilan pada Ahad, Hajiji berkata Kerajaan Negeri akan memudahkan pelaburan bagi memastikan projek yang dicadangkan itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Dalam lawatan itu, Hajiji diiringi Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Tetap Pembangunan Perindustrian, Thomas Logijin, diberi taklimat oleh Pengerusi Kumpulan Kibing Yu Qi Bing dan Presiden Dato’ Lim Swee Ee.
Yu memberitahu Hajiji bahawa Kumpulan Kibing akan melabur RM10 bilion untuk membina lebih besar kemudahan di Sabah dengan fasa pertama permulaan menelan belanja RM2 bilion.
Hajiji berkata satu jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dibentuk untuk memudah dan mempercepatkan proses pelaburan termasuk keperluan Kumpulan Kibing untuk mendapatkan solar silika gred tinggi.
Terdahulu, Hajiji telah merasmikan Jelajah Malaysia ke-49 dan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan (MATTA) di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur.
Pada Selasa, beliau akan menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri sebelum mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin untuk Majlis Raja-Raja.