PRN SABAH
HomePRNN.53 SEKONGTersentuh lihat keadaan masih sama, Diana bertekad ubah nasib komuniti

Tersentuh lihat keadaan masih sama, Diana bertekad ubah nasib komuniti

Read Time:1 Minute, 20 Second

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Puan Sri Diana Diego melahirkan rasa sedihnya apabila melihat keadaan kehidupan masyarakat pesisir pantai Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong masih kekal seperti puluhan tahun lalu.

Diana yang membawa identiti sebagai ‘ibu rumpun pesisir’ dalam kempennya berkata, apabila datang semula ke tempat asalnya itu, dia melihat kehidupan masyarakat dengan isu kebersihan masih membelenggu kawasan penempatan atas air, manakala masih ada kanak-kanak tercicir pendidikan formal seperti yang berlaku ketika zaman era 80-an.

Dalam sidang media ketika menghadiri ceramah di Kampung Bahagia, di sini, malam tadi, Diana menjelaskan, ia faktor terbesar beliau kembali ke Sekong dan mahu bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) untuk berbakti kepada masyarakat asalnya.

Katanya, masalah keciciran sekolah bukan hanya soal akademik, tetapi berpunca daripada mentaliti, stigma sosial dan keadaan persekitaran yang tidak berubah sejak puluhan tahun.

“Itulah sebab saya panggil diri saya ‘ibu rumpun pesisir’. Saya mahu jaga semua. Saya mahu bimbing mereka. Mungkin inilah tujuan saya di usia menjangkau 60 tahun.

“Saya datangnya daripada sini. Saya ada pengalaman sendiri, saya ada saudara yang tidak pernah bersekolah tetapi mempunyai bakat. Bila saya tanya kenapa tidak pergi sekolah, mereka jawab kalau pergi sekolah, begitu juga.

“Mentaliti mereka, sebab tinggal di atas air, jambatan penuh sampah, mereka rasa rendah diri,” katanya.

Sehubungan itu, Diana berkata, antara visinya jika diberi peluang menjadi wakil rakyat di kawasan itu adalah mewujudkan kemudahan yang boleh menjadi tempat kanak-kanak mengembangkan bakat mereka.

Selain itu, katanya, beliau juga mahu menumpukan soal kebersihan di kawasan penempatan atas air termasuk mewujudkan lebih banyak Kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengatasi isu berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular