PRN SABAH
HomePRN85 laporan polis diterima sepanjang kempen

85 laporan polis diterima sepanjang kempen

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Polis Kontinjen Sabah menerima 85 laporan polis berkaitan kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 sehingga semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Katanya, kebanyakan laporan berkaitan salah guna media sosial dan perbuatan merosakkan bahan kempen.

“Jumlah laporan yang tinggi ini dianggap normal memandangkan banyak pihak terlibat dalam kempen dan beberapa isu tidak dapat dielakkan.

“Antara kes yang sering dilaporkan ialah perbuatan memuat naik kandungan yang menyalahi undang-undang di media sosial serta vandalisme terhadap poster, bendera dan bahan kempen lain.

“Daripada jumlah itu juga pihak polis membuka 53 kertas siasatan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya ketika hadir membuat tinjauan dan seterusnya membuang undi di Dewan MES Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan

Jauteh masuk ke pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi. Foto Shane Sabbie

Beliau berkata, sebanyak 7,288 permit kempen dikeluarkan kepada semua parti politik dan calon sehingga malam Isnin.

Jauteh berkata, kesemua permit diluluskan berikutan melepasi syarat tapisan yang ditetapkan.

Dari segi penugasan, Jauteh berkata polis telah mengenal pasti kawasan yang dikategorikan sebagai hotspot, namun penugasan adalah mengikut prosedur normal.

“Kita cuma membuat beberapa kawalan-kawalan tertentu berdasarkan kenapa kawasan itu menjadi hotspot,” katanya.

Jauteh ketika ditemui media. Foto Shane Sabbie
RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular