PRN SABAH
HomePRNN.06 BANDAU1,443 ahli STAR DUN Bandau sertai GRS

1,443 ahli STAR DUN Bandau sertai GRS

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA MARUDU: Seramai 1,443 ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.6 Bandau dilaporkan meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) susulan pemecatan ketua bahagian mereka, Ardino Diris.

Perkembangan tersebut berlaku selepas pengumuman pemecatan Ardino dibuat pada satu ceramah perdana yang dihadiri Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, di Astaka Padang Daerah Kota Marudu di sini, pada Selasa.

Ardino berkata, tindakan pucuk pimpinan parti menamatkan jawatannya bukan sesuatu yang mengejutkan dan beliau telah menjangkakan keputusan itu lebih awal berikutan beliau kekal setia bersama GRS.

” Sebaik dimaklumkan mengenai pemecatan tersebut, saya terus menghubungi semua 51 Ketua Cawangan melalui Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

” Hasil perbincangan itu, seramai 1,443 ahli STAR di N.6 Bandau menyatakan pendirian untuk meninggalkan parti dan kekal menyokong GRS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ardino, sokongan akar umbi itu mencerminkan keutamaan ahli terhadap kestabilan politik dan masa depan pembangunan negeri Sabah, berbanding konflik dalaman parti itu sendiri.

Beliau turut berpandangan pengumuman pemecatannya dibuat pada waktu yang memberi kelebihan strategik kepada GRS dalam persaingan di DUN Bandau.

” Saya yakin sokongan terhadap GRS akan terus kukuh kerana selama ini terbukti telah banyak memperjuangkan hak Sabah sehingga berjaya memihak kepada kita termasuk isu minyak dan gas serta tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan.

Ardino turut memaklumkan dengan gerak kerja tersusun bersama bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian, jumlah bekas ahli STAR yang menyokong GRS berpotensi mencecah sehingga 2,000 pengundi menjelang hari pengundian.

Beliau yakin sokongan yang disusun mengikut PDM akan memberi kelebihan kepada calon GRS di DUN Bandau serta akan terus bekerjasama dengan jentera GRS bagi memastikan DUN Bandau kekal bersama kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17, Datuk Redonah Bahanda diangkat sebagai calon GRS DUN Bandau.

RELATED ARTICLES
Utama

PM zahir takziah atas pemergian Bung Moktar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular