PUTRAJAYA,— Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengumumkan penyusunan semula Kabinet Kerajaan MADANI, melibatkan pertukaran beberapa portfolio, pengekalan menteri sedia ada serta pelantikan baharu, bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran dan kesinambungan dasar kerajaan.
Anwar kekal sebagai Perdana Menteri, dibantu Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang masing-masing turut mengekalkan peranan penting dalam kementerian berkaitan.
Dalam pengumuman itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baharu.
Manakala Menteri Belia Dan Sukan Hannah Yeoh Tseow Suan, kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Hasan, dinaikkan sebagai menteri penuh menggantikan Mohd Na’im.
Turut tidak disenaraikan ialah Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy, dengan kedudukannya digantikan oleh R. Yuneswaran.
Pada masa sama, beberapa kementerian utama turut membabitkan pertukaran Portfolio Timbalan Menteri antaranya Menteri Belia Dan Sukan Adam Adli kini menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi manakala Timbalan Menteri Pertanian kini merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Him.
Bagi Datuk Khairul Firdaus akbar Khan yang dahulunya Timbalan Menteri Pelancongan, beliau kini dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia manakala Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan) pula Adalah Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Sui Fui.
Dalam Pada itu, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk TS Mustapha @Mohd Yunus Sakmud kini menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak manakala Ahli Parlimen Pensiangan Kini dilantik Menjadi Menteri Sumber Asli Dan Kelastarian Alam manakala Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin kini dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.
Penyusunan semula Kabinet ini turut mengambil kira kekosongan jawatan menteri susulan peletakan jawatan sebelum ini. Antaranya, Datuk Ewon Benedick meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 8 November lalu, manakala Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun lalu.
Selain itu, Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 4 Julai lalu, selepas tewas dalam pemilihan Naib Presiden PKR, manakala jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebelum ini kosong susulan tamat tempoh pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Senator.
Berikut Adalah infografik Penuh Senarai Ahli Kabinet yang Baharu





