HomeUtamaKKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit walk-in

KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit walk-in

Read Time:35 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau jumpa terus, seperti yang tular di media sosial.

KKM memaklumkan walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. 

“Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu,” menurut kementerian itu dalam hantaran di laman Facebook di sini pada Khamis.

Menurut KKM, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.

“KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu,” menurut hantaran itu. BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih lima individu dipanggil bantu siasatan kes zikir tengah malam di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular