HomeUtamaMangsa banjir di Sabah catat penurunan

Mangsa banjir di Sabah catat penurunan

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa terjejas banjir di dua daerah di Sabah menunjukkan penurunan kepada 467 orang setakat jam 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu menurun seramai 28 orang berbanding 495 mangsa yang direkodkan jam 8 pagi pada Ahad.

Dua daerah terlibat adalah di Beaufort dan Kota Kinabalu.

Di Beaufort, seramai 328 mangsa terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon melibatkan 118 keluarga.

Manakala di Kota Kinabalu, jumlah mangsa menurun kepada 139 orang berbanding 180 mangsa pada sebelah pagi dan masih berlindung di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir Kampung Darau melibatkan 47 keluarga.

Pada Sabtu, Kota Kinabalu telah diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan kenaikan paras air sungai yang bahaya.

Pengisytiharan itu dibuat Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu pada jam 9 malam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Penyelesaian sementara perlu diberi keutamaan – Azrul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular